Wednesday, 17 December 2014

PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN


DEFINISI
Terdapat 3 definisi yang telah saya pelajari tentang simpulan dan ikatan semasa kelas Asas Kembara pada minggu keempat iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), dan mematikan hujung tali (whipping).

SIMPULAN
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan ialah:-
  •  buku sila 
  • tindih kasih 
  • simpul himpit 
  • lilit dua simpu
  •  simpul pemukat.

  Ikatan 
 Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Mematikan hujung tali
Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN 
  • Simpulan angka 8 / figure of 8
  •  Figure of eight on a bight
  •  Figure of eight follow the through
  •  Simpul mati / end knot
  • Buku sila / reef knot
  • Ikatan manuk / clove hitch
  •  Body Bowline Knot
  • Simpul pengail / fisherman knot
  •  Tindih kasih / bow line
  •  Double Fisherman Knot


TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN FUNGSINYA

IKATAN BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsi
  • Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz
  • Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas



Teknik
   i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
   ii. Masukkan hujung A dibawah B
   iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah



IKATAN BUNGA KETI 
Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi 
  • Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
  • Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik
   i.   Mulakan simpul.
  ii.  Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. 
  iii. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul .


SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi
  • Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
  • Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik
    i. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
    ii. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
   iii. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.



IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

Fungsi
  •  Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
  • Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
  • Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting


Teknik
        i.            Mulakan simpul pada kayu.
      ii.            Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
    iii.            Tarik hujung tali.

IKATAN PENGAIL
Fungsi 
  • Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
  • Ikatan ini kuat dan kukuh.
  • Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.


Teknik
    i.            Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
      ii.            Lakukan 2 lingkaran tali.
    iii.            Pada hujung tali itu boleh diikat.



IKATAN SIMPUL MATI

Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot. Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati. Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung.

Fungsi
  • Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang

Teknik
i. i.             Letakkan tali kecil
      ii.           Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil 
      boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua.
    iii.            Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
    iv.            Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.


SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8
Fungsi
  1. Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. 
  2. Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal 
  3. Lebih berguna kerana mudah dibuka.
Add caption


FIGURE OF EIGHT ON A BIGHT

Simpulan serba boleh yang digunakan untuk menyambung tali kepada carabiner atau objek lain. Ia adalah sangat cepat dan mudah untuk mengikat dan hampir gagal-selamat. Ia memerlukan dua tangan untuk mengikat.


Fungsi


  • Belay set up
  • Kerja menyelamat

                                     


FIGURE OF EIGHT FOLLOW THE THROUGH 


Adalah simpulan yang paling penting untuk dipelajari sebagai pendaki. Ini adalah yang terbaik untuk mengikat tali kerana ia adalah simpulan yang kuat digunakan untuk mendaki.  Kita boleh memberitahu dengan pantas jika ia terikat dengan betul.

Teknik
i.  Ikat  satu simpulan Figure 8 di bahagian hujung longgar tali memanjat.

ii. Tali akan melalui gelung kaki, kemudian mula retracing simpul pertama Figure 8.






   

No comments:

Post a Comment