PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN
DEFINISI
Terdapat 3 definisi yang telah saya
pelajari tentang simpulan dan ikatan semasa kelas Asas Kembara pada minggu
keempat iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), dan mematikan hujung tali
(whipping).
SIMPULAN
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana
saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan
digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat
kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Contoh-contoh simpulan ialah:-
- buku sila
- tindih kasih
- simpul himpit
- lilit dua simpu
- simpul pemukat.
Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan
untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya
dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti
ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
Mematikan hujung tali
Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai
dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan
lilit pemati selit.
JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
- Simpulan angka 8 / figure of 8
- Figure of eight on a bight
- Figure of eight follow the through
- Simpul mati / end knot
- Buku sila / reef knot
- Ikatan manuk / clove hitch
- Body Bowline Knot
- Simpul pengail / fisherman knot
- Tindih kasih / bow line
- Double Fisherman Knot
TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN FUNGSINYA
IKATAN BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk
mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya
dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar
kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsi
- Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz
- Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas
Teknik
i. Letakkan
hujung A dan B di atas satu sama lain.
ii. Masukkan
hujung A dibawah B
iii. Kemudian, lakukan ikatan
yang sama dengan memasukkan B di bawah
IKATAN
BUNGA KETI
Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama
besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi
- Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
- Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
i. Mulakan
simpul.
ii. Kemudian
masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
iii. Seterusnya
tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul .
SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk
membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya
tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja
menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi
- Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
- Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik
i. Mulakan
ikatan dengan membentuk satu bulatan.
ii. Kemudian,
masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
iii. Masukkan
hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
IKATAN SIMPUL MANOK (Clove
Hitch)
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan
sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.
Fungsi
- Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
- Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
- Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting
Teknik
i.
Mulakan
simpul pada kayu.
ii.
Kemudian,
buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
iii.
Tarik
hujung tali.
IKATAN
PENGAIL
Fungsi
- Digunakan untuk mengikat tali pada
gelung besi, kayu dan pancang.
- Ikatan ini kuat dan kukuh.
- Sesuai digunakan untuk mendaki
bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik
i.
Buat
2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
ii.
Lakukan
2 lingkaran tali.
iii.
Pada
hujung tali itu boleh diikat.
IKATAN SIMPUL MATI
Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot. Ikatan
simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan
ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu
le dipanggil simpul mati. Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan
untuk sebagai ikatan di hujung.
Fungsi
- Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang
Teknik
i. i. Letakkan
tali kecil
ii. Kemudian
lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali
kecil
boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua.
boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua.
iii.
Seterusnya,
tarik hujung tali kecil kebawah.
iv.
Setelah
siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.
SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8
Fungsi
- Sebagai ikatan sementara dihujung
tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
- Untuk menahan tali tidak tercabut
dari Blok Takal
- Lebih berguna kerana mudah dibuka.
Add caption |
FIGURE OF EIGHT ON A BIGHT
Simpulan serba boleh yang digunakan
untuk menyambung tali kepada carabiner atau objek lain. Ia adalah sangat cepat
dan mudah untuk mengikat dan hampir gagal-selamat. Ia memerlukan dua tangan
untuk mengikat.
Fungsi
- Belay set up
- Kerja menyelamat
FIGURE OF EIGHT FOLLOW THE THROUGH
Adalah simpulan yang paling penting untuk dipelajari
sebagai pendaki. Ini adalah yang terbaik untuk mengikat tali kerana ia adalah
simpulan yang kuat digunakan untuk mendaki. Kita boleh memberitahu dengan
pantas jika ia terikat dengan betul.
i. Ikat satu simpulan Figure 8 di bahagian
hujung longgar tali memanjat.
ii. Tali akan melalui gelung kaki, kemudian mula retracing simpul pertama Figure 8.
ii. Tali akan melalui gelung kaki, kemudian mula retracing simpul pertama Figure 8.